Halaman Utama|Hubungi kami
Kerajaan Arab Saudi
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
 
 
Pencarian Lanjutan
Bentang ::
Klasifikasi ::

Indeks
Ayat Al-Quran ::
Hadis Qudsi ::
Hadis Mutawatir ::
Hadis Marfuk ::
Hadis Mauquf ::
Syair ::

 
Halaman Utama > Hadis Nabi > KITAB KELEBIHAN PARA SAHABAT R.A > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Tentera Badar Dan Kisah Hatib Bin Abu Balta'ah > Pergilah kamu ke Raudah Khah. Di sana terdapat seorang perempuan yang menunggang Unta,

Hadis Sebelum Hadis Berikut
Nombor Hadis :

Hadis Sayidina Ali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menghantar aku, Zubair dan Miqdad. Baginda s.a.w bersabda: Pergilah kamu ke Raudah Khah. Di sana terdapat seorang perempuan yang menunggang Unta, bersamanya ada sepucuk surat dan kamu hendaklah mengambil surat itu darinya. Kami berangkat dengan kuda dan ketika kami bertemu dengan perempuan itu kami berkata: Berikan surat kepada kami. Perempuan itu berkata: Aku tidak membawa surat. Kami berkata: Keluarkan surat atau kami periksa pakaian kamu. Setelah itu beliau mengeluarkan surat dari sanggul rambutnya dan surat itu kami serahkan kepada Rasulullah s.a.w. Isi kandungan surat berbunyi: Dari Hatib bin Abu Balta'ah kepada Musyrikin Mekah. Beliau memberitahu kepada orang-orang Musyrikin sebahagian dari urusan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Wahai Hatib! Apakah ini? Beliau berkata: Wahai Rasulullah! Jangan menuduh aku walaupun aku ada hubungan baik dengan orang-orang Quraisy. Abu Sufian berkata: beliau sememangnya berkawan baik dengan mereka tetapi bukan dari keturunan mereka. Aku tahu bahawa orang-orang Muhajirin yang tinggal bersama kamu mempunyai keluarga yang berada di bawah pengawasan mereka iaitu Quraisy. Sesungguhnya aku lakukan itu supaya mereka melindungi keluargaku dan aku lakukan itu bukanlah kerana aku kafir atau murtad dari agamaku. Aku juga tidak reda dengan kekufuran setelah aku memeluk Islam. Nabi s.a.w bersabda: Beliau benar. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Biarkanlah aku membunuh orang munafik ini. Nabi s.a.w bersabda: Tidakkah kamu ketahui bahawa beliau dari tentera Badar? Mudah-mudahan Allah memberi keistimewaan kepada tentera Badar. Baginda bersabda: Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya aku telah memberi kemaafan kepada kamu. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّى وَ عَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhku dan musuh kamu menjadi teman rapat

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4550

 
Halaman Utama|Hubungi kami
Hak cipta terpelihara untuk Kementerian kecuali atas tujuan kajian dan dakwah
Kandungan laman web ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Kementerian
Dibangunkan oleh Syarikat Teknologi Maklumat Harf