|
|
| Indeks | | |  |
|
|
|
Hadis
Abu Hurairah r.a:
Nabi
s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi
oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali
naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang
sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya
sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu
mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana
Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki
yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa
paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut
kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya
seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya
dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan
air mata dari kedua matanya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1712
|
|
|